Selamat Datang Ke Exora Blog

Friday, 4 November 2011

Teknik menjawab sains UPSR Bahagian B

Teknik Menjawab sains UPSR (B)

1.  Memahami langkah dan panduan menjawab soalan Sains
2.  Menggunakan teknik dan kaedah yang tepat memperolehi markah maksima Sains
3.  Mempunyai keyakinan dan kesungguhan bagi memperoleh A dalam Sains UPSR
4. Mencari kata kunci dalam setiap soalan.
a) mencari pembolehubah manipulasi(PM)
  :  Maklumat / perkara / bahan yang berbeza atau
          diubah-diubah dalam sesuatu penyiasatan.
  b)Mencari pembolehubah bergerakbalas(PB)
   : Hasil / tindak balas / kesan  di akhir penyiasatan
          yang dijalankan (etc..selepas 30 minit..)
 c)Pembolehubah Dimalarkan(PD)
  : : Perkara / alat / bahan  yang ditetapkan (sama) supaya tidak mempengaruhi
          hasil penyiasatan.

5. Menggunakan kata kunci di atas untuk menjawab soalan tujuan.
:contoh, Untuk mengkaji hubungan di antara ____________(PM) dan __________(PB)

6.Menjawab Inferens
: Mencari alasan /sebab bagi pemerhatian yang terdapat dalam eksperimens.

7.Menjawab Hipotesis /hubungan/ kesimpulan.
: Semakin___________ (PM) , Semakin_____________(PB).
@ Jika ______________(PM) maka _______________(PB).

8. Membuat ramalan
:Meramal sesuatu peristiwa atau data berdasarkan fakta yang betul.

9.menjawab pola / corak
: Menjawab pola berdasarkan pemerhatian pada (PB)
:contoh seperti menaik,menurun,bertambah,berkurang,sama atau sekata.

8.Menjawab soalan yang meminta maklumat.
: Anda perlu menyatakan pembolehubah (PM) atau (PB) atau (PD)

* semoga tips -tips ini dapat memberi panduan untuk semua murid menjawab dengan baik dalam kertas sains bahagian B.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More