Selamat Datang Ke Exora Blog

Friday, 4 November 2011

Contoh Rancangan Pengajaran sains Tahun2 (KSSR)

TOPIK :  HEBATNYA AIR
BIDANG : SAINS HAYAT
STANDARD KANDUNGAN:
3. 0 Tumbuhan
3.1: Memahami keperluan asas tumbuhan
STANDARD PEMBELAJARAN:
3.1.1: Mengenal pasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari.
OBJEKTIF :
Murid boleh menyebut air merupakan  keperluan asas tumbuhan untuk hidup subur.
TEMPOH : 120 minit
SUMBER :
  • Piring pitri
  • Kapas
  • Biji benih kacang hijau
  • Slaid powerponit
  • Lembaran kerja 1 – Pentaksiran
  • Lembaran kerja 2 – Pemulihan
  • Lembaran kerja 3 - Pengayaan
EMK: TMK, kepimpinan,KBKK
AKTIVITI:
LANGKAH
AKTIVITI
CATATAN
Aktiviti 1


Guru menunjukkan satu kotak dihadapan kelas.
Murid diminta meneka objek yang terdapat di dalam kotak berdasarkan ciri-ciri yang disebut oleh guru.

Ciri-ciri:
·         Berduri.
·         Kecil
·         Berbatang keras


Guru bersoal jawab dengan murid.

Contoh Soalan:
1.       Apakah yang dapat kamu lihat di hadapan ini.
2.       Antara ciri-ciri objek yang terdapat di dalam kotak ini ialah berduri, kecil dan berbatang keras.
3.       Pada pendapat kamu, apakah objek yang terdapat di dalam kotak ini?

Kotak dibuka.

Contoh soalan:
1.       Pada pendapat kamu, adakah pokok kaktus memerlukan air?

Aktiviti 2


Guru menunjukkan dua tumbuhan yang berbeza kepada murid.

a.       Pokok kaktus
b.      Anak pokok cili


Guru bersoal jawab dengan murid.

Contoh soalan:

1.       Pada pendapat kamu, adakah kedua-dua pokok ini memerlukan air?
2.       Pokok mana yang memerlukan lebih banyak air?

Aktiviti  3


Eksperimen
·         Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
·         Setiap kumpulan dibekalkan dua piring pitri.
·         Setiap piring pitri diletakkan kapas dan  3 biji benih kacang hijau.
·         Satu piring pitri diletakkan air dan satu lagi dibiar tanpa air.
·         Eksperimen ini dibiarkan seminggu.

Arahan:
  1. Murid dihendakki melakukan eksperimen mengkaji kehadiran air terhadap tumbuhan.
  2. Setiap kumpulan dikehendaki melabelkan piring pitri.

Guru bersoal jawab dengan murid:
  1. Pada ramalan  kamu, tumbuhan dalam piring pitri yang manakah akan tumbuh?
  2. Mengapa?

Aktiviti 4



Sepanjang seminggu murid membuat pemerhatian tentang hasil penyiasatan.

Selepas seminggu, guru membuat perbincangan dengan murid tentang hasil penyiasatan.

Guru membimbing murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian mereka iaitu tumbuhan memerlukan air untuk hidup.







Guru bersoal jawab tentang hasil penyiasatan

Contoh soalan:
  1. Apakah perbezaan di antara anak benih kacang hijau dalam piring pitri A dan B?
  2. Kenapakah anak benih dalam piring pitri B tidak bercambah?
  3. Kenapakah anak benih dalam piring pitri A bercambah?
  4. Adakah anak benih dalam piring pitri B tidak bercambah disebabkan tidak mendapat air?
  5. Adakah kamu fikir air adalah keperluan asas tumbuhan untuk hidup?
Aktiviti 5
Guru menyediakan slaid powerpoint tentang keadaan pokok subur dan layu.

Guru bersoal jawab tentang slaid yang dipaparkan.

Contoh soalan:
  1. Adakah tumbuhan ini hidup subur?
  2. Kenapa?
  3. Bagaimanakah pula keadaan pokok ini?
  4. Kenapa?

Aktiviti 6


Latihan melalui lembaran kerja 1 dan 2

Murid membuat latihan.
Aktiviti 7


Guru dan murid menyanyikan lagu yang berkaitan dengan “air”.


Lirik lagu “Ku Tanam Pokok Bunga”

Ku tanam pokok bunga,
Bunga Mawar namanya,
Ku siram dan ku jaga,
Hidup subur sentiasa.

Ku tanam pokok bunga,
bunga raya namanya,
tak ku siram setiap masa,
hidup layu jadinya.

Pentaksiran
Murid menjawab lembaran Kerja 1
Lembaran Kerja 1

Aktiviti Pemulihan
Murid menjawab lembaran Kerja 2
Lembaran Kerja 2
Aktiviti Pengayaan
Murid menjawab Lembaran Kerja 3
Lembaran Kerja 3

REFLEKSI

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More