Selamat Datang Ke Exora Blog

Saturday, 29 October 2011

Rancangan Harian Sains Tahun 1 KSSR


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 1

KELAS                                               :  Tahun 1 Bestari

BILANGAN MURID                         : 13 orang

BIDANG                                            : Sains Hayat (Haiwan)

STANDARD KANDUNGAN             : 3.2 Menghargai pelbagai haiwan di
                                                                     sekeliling kita.

STANDARD PEMBELAJARAN       : 3.2.1 Mengajuk bunyi pelbagai haiwan pernah
                                                                         mereka dengar.

                                                              : 3.2.2 Menunjukkan pelbagai cara haiwan bergerak
                                                                         secara simulasi.

OBJEKTIF                                           : Di akhir pembelajaran, murid dapat:

                                                              1)  Menyebut 10 jenis haiwan dan mengajuk bunyinya. 

                                                              2)  Murid dapat melakonkan cara haiwan bergerak 
                                                                  dengan iringan nyanyian.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM : Kreatif dan inovatif, Bahasa Melayu

KEMAHIRAN PROSES SAINS             : Memerhati dan berkomunikasi.

NILAI MURNI                                        : Bekerjasama , jujur dan berkeyakinan.


               

Langkah

Kandungan

Cara perlaksanaan

Catatan/Impak


SET INDUKSI
( 5 MINIT )

Menarik minat murid (Teka-teki)

  1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi haiwan menggunakan CD.
  2. Murid meneka bunyi –bunyi haiwan tersebut.
  3. Murid yang menjawab dengan betul di beri ganjaran (gula-gula).
  4. Beberapa orang murid dipanggil untuk memakai topeng haiwan (Harimau, Singa, monyet).


BBM :
1.CD
2.Gula-gula
3.Topeng haiwan

12 orang murid menguasai SP
1 orang perlu diberi bimbingan

LANGKAH 1
( 15 MINIT )

Mengajuk bunyi haiwan:
  1. Harimau
  2. Kucing
  3. Lembu
  4. Katak
  5. Ayam
  6. Gajah
  7. Itik
  8. Kuda
  9. Ular
  10. Anjing

  1. Guru membacakan 3 teka –teki kepada pelajar.
  2. Murid cuba menjawab teka-teki yang diberikan.
  3. Murid yang memakai topeng mengajuk bunyi haiwan tersebut.
  4. Guru kemudian menunjukkan kad gambar haiwan yang lain.
  5. Murid disoal :-
    1. Siapakah pernah pergi zoo?
    2. Siapa tahu apakah nama haiwan ini?
    3. Bolehkah kamu mengajuk bunyi haiwan ini?
  6. Aktiviti ini diulang
           dengan bunyi haiwan yang   
            lain.


BBM :
1.Kad Gambar haiwan
2.Kad teka-teki
3.Topeng haiwan

12 orang murid menguasai SP
1 orang perlu diberi bimbingan

LANGKAH 2
(10MINIT)

 Menyanyi  Lagu Gerak Haiwan
 “Can Mali Can”
Lirik lagu dalam buku teks



  1. Murid dibimbing menyanyi lagu “Can Mali Can” dan melakonkan gerak haiwan seperti dalam lagu itu.
  2. Murid dan guru menyanyi bersama-sama sambil membuat gerakan haiwan.
  3. Nyanyian diulang .


BBM :
1.Lirik lagu

12 orang murid menguasai SP
1 orang perlu diberi bimbingan

LANGKAH 3
(10 MINIT)

Permainan teka binatang
-Kucing
-Itik
-Lembu
-Monyet

  1. Murid dipanggil ke hadapan untuk  membacakan kad nama, membuat bunyi dan gerakan haiwan yang  terdapat pada kad.
  2. Murid lain meneka haiwan yang dilakonkan itu.
  3. Murid yang berjaya meneka dengan betul di beri peneguhan (tepukan).

BBM :
1.Kad haiwan

12 orang murid menguasai SP
1 orang perlu diberi bimbingan

LANGKAH 4
(15 MINIT)

Peneguhan Konsep
melalui latihan.

  1. Murid diedarkan lembaran kerja
  2. Murid  dibimbing menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan.
  3. Murid diminta mewarnakan gambar haiwan didalam lembaran tersebut.
  4. Semakan terus dibuat bersama dengan murid dan ditampal di dalam buku nota.


BBM :
1.Lembaran Kerja
2.Pensel warna
3.Buku nota sains

12 orang murid menguasai SP
1 orang perlu diberi bimbingan

LANGKAH 5
(5 MINIT)

Penutup

  1. Murid disoal semula tentang apa yang dipelajari hari ini.
  2. Murid menyanyi semula lagu gerak haiwan.


BBM :
1.Lirik Lagu

13 orang murid menguasai SP
1 orang perlu diberi bimbingan



REFLEKSI :

            GURU             : Hari yang menceriakan. P&P berjalan seperti yang dirancang. Terdapat seorang murid yang perlu diberi bimbingan
                                      sepenuhnya.

            MURID           : 13 orang murid menunjukkan minat terhadap pembelajaran dan seronok menjalankan aktiviti tetapi
                                     Muhammad Nizam b. Azman mempunyai masalah kerana masih tidak pandai membaca.







Lirik Lagu “Can Mali Can”






Lembaran Kerja Murid






INSTRUMEN PENTAKSIRAN P&P




STANDARD KANDUNGAN




STANDARD PEMBELAJARAN

SKOR


1

LEMAH

2

SEDERHANA

3

BAIK

4

CEMERLANG


3.2 Menghargai pelbagai
       haiwan disekeliling
       kita

          Mengajuk bunyi pelbagai haiwan yang pernah mereka dengar




1 orang



12 orang

          Menunjukkan pelbagai cara haiwan bergerak secara simulasi.




1 orang



12 orang





0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More