Selamat Datang Ke Exora Blog

Saturday, 29 October 2011

Info Tanaman Herba


MEMPERKENALKAN TANAMAN HERBA
Pokok Periuk Kera
 
Alam:
Divisi:
Kelas:
Famili:
Genus:
Spesies:
Nepenthes spp.
Pokok Periuk Kera merupakan sejenis pokok herba. Pokok Periuk Kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. .
Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.
Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic).
Habitat
Kadang-kala terdapat di paya gabus, kerangas, katu kapur, hutan dipterocarp bercampur, hutan submontane dan montane, dari paras laut sehingga 2,700 meter dari paras laut.

keterangan:

Menyukai kawasan yang lembab dan terbuka tumbuhan unik ini biasa dijumpai tumbuh liar dikawasan hutan hujan tropika terutamanya dikawasan paya.Periuknya mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil pepsin yang dapat menghadamkan serangga yang terperangkap didalamnya dan menukarnya kepada nutrien untuk tumbuhan ini.Periuknya mengandungi penutup yang menghalang air hujan dari bertakung di dalamnya.Tumbuhan ini boleh membiak melalui pecahan rumpun.Jenis Nepenthes mirabilis banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan sekarang berbanding dengan periuk kera jenis lain dan harganya boleh melebihi RM50 sepasu. Di sarawak periuknya digunakan untuk membungkus ketupat pulut yang dihidangkan di pagi raya.

kegunaan:

Air yang terdapat didalam periuk kera ini dikatakan berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata.Akarnya digunakan untuk mengubat penyakit semput atau lelah atau asma dengan cara mengasah akarnya pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih. campuran ini dididihkan dan ditapis sebelum diminum airnya.Kajian juga sedang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik untuk membuktikan khasiat tumbuhan ini sebagai penawar kepada penyakit kanser.
SOALAN-SOALAN :
1.Pernahkah adik melihat pokok periuk kera? Pokok unik ini banyak terdapat di kawasan pergunungan dan tanah tinggi.

2.Apakah nama botani dan nama lain bagi periuk kera
?Nama botaninya ialah nepenthes gracilis yang juga dikenali sebagai periuk monyet, periuk kerengga, moyong akar dan kenchong kera.
3. Bagaimanakah pokok ini hidup?
Spesies ini adalah dari jenis memanjat pokok lain dan batangnya pula menjalar di permukaan tanah.

4. Bagaimanakah bentuk daunnya?
Daun pokok ini berbentuk bujur dan berwarna hijau terang. Keistimewaan pokok ini kerana ia mempunyai sejenis alat berbentuk uncang yang juga disebut periuk.
Penerangan

Saiz periuk ini ialah enam hingga 12 sentimeter panjang dan mempunyai pelbagai warna seperti hijau, coklat dan putih. Separuh daripada bahagian dalam periuk ini berisi cecair yang enzim pencernaan
Periuk ini mempunyai penutup dan di bahagian bawahnya terdapat bahagian yang menyimpan madu yang berfungsi sebagai penarik kepada serangga.

Periuk ini agak unik kerana ia boleh memusnahkan serangga jika serangga berkenaan terjatuh atau masuk ke dalamnya.

Serangga yang masuk ke dalam periuk itu akan dihancurkan oleh enzim yang terdapat di dalam periuk sebagai bahan makanan pokok berkenaan.

Malah saintis menganggap bahawa tumbuhan ini sebagai tumbuhan maging atau karnivor kerana ia memakan serangga dan haiwan kecil lain.
Tumbuhan ini juga diakui amat berguna dalam perubatan tradisional terutama di bahagian akar dan batangnya yang boleh mengubat penyakit cirit birit, batuk dan deman.

Caranya dengan merebus akar, batang dan daun selama satu jam sebelum diminum.

 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More